Syeikh Abdul Hamid Kudus pakar Ilmu Arudh wa Qawafi

236

Syeikh Abdul Hamid Kudus merupakan salah seorang ulama Nusantara yang terkenal dalam sejarah keilmuan Islam di Hijaz. Karya-karyanya banyak beredar di dunia islam, dicetak berulang kali di Mesir, Hijaz, Nusantara, dan dikaji di berbagai lembaga pendidikan Islam, tak terkecuali di Indonesia. Karyanya dalam ilmu usuhul fiqh yang berjudul Lathaiful Isyarat ila Syarhi Tashilit Thuruqat li Nazhamil Waraqat fil Ushulil Fiqhiyah merupakan salah satu karyanya yang sangat masyhur dan banyak dikaji di berbagai pesantren di Nusantara baik Indonesia, Malaysia maupun Thailand. Demikian juga kitab Kanzun Najahi was Surur fil Ad’iyatil lati ila Tasyarruhis Shudur yang berisi doa-doa dan amalan rutin bulanan juga banyak diamalkan masyarakat muslim Nusantara.

Baca juga: Resensi Buku Islam dalam Madilog

Syeikh Abdul Hamid Kudus lahir di Mekah, dalam Mukhtashar Nasyrun Naur waz Zahar dinyatakan lahir 1277 H/1860 M, dan dalam Siyar wa Tarajim dinyatakan lahir 1280 H/1863 M.

Beliau juga wafat di Mekah tahun 1334 H/1915 M. Nama lengkap ialah Syeikh Abdul Hamid bin Muhammad Ali Qudus / Kudus bin Abdul Qadir al-Khathib bin Abdullah bin Mujir Qudus / Kudus.

Pendidikan Asas

Syeikh Abdul Hamid Kudus mendapat pendidikan asas pertama sekali dari lingkungan keluarganya yang ramai menjadi ulama. Sejak kecil menghafaz al-Quran dan terlatih dengan banyak matan pelbagai bidang ilmu.

Matan-matan yang dihafalnya sejak kecil ialah Matn al-Ajrumiyah, Matn al-Alfiyah, Matn ar-Rahbiyah, semuanya dalam bidang ilmu nahu. Matn as-Sanusiyah tentang ilmu akidah. Matn as-Sullam dan Matn az-Zubad, kedua-duanya meliputi akidah, fikah dan tasawuf.

Ulama Besar Yang Menjadi Guru Syeikh Abdul Hamid Kudus

Para ulama besar yang terkenal dan menjadi guru beliau ialah Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Sayid Utsman Syatha dan saudaranya Sayid Abu Bakri Syatha. Dalam bidang khusus mengenai ushul fiqh, hadis, tafsir dan tasawuf Syeikh Abdul Hamid Kudus memperdalamkannya kepada Sayid Husein al-Habsyi. Syeikh Abdul Hamid Kudus pula adalah orang kepercayaan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dalam bidang keilmuan setelah Syeikh Ahmad al-Fathani.

Hubungan antara Syeikh Abdul Hamid Kudus dengan Syeikh Ahmad al-Fathani sangat rapat. Syeikh Abdul Hamid Kudus selain dilantik sebagai salah seorang pentashih kitab beliau seringkali diutus oleh Syeikh Ahmad al-Fathani ke Mesir dalam urusan cetak mencetak kitab, terutama hubungan dengan Syeikh Mushthafa al-Halaby, pemilik syarikat cetak kitab yang terbesar di Mesir pada zaman itu.

Daripada ulama-ulama tersebut, Syeikh Abdul Hamid Kudus memperoleh ijazah khusus dan umum, dan mereka pula memberikan keizinan kepada beliau mengajar di Masjidil Haram dan di rumahnya. Manakala Syeikh Ahmad al-Fathani merintis jalan mulai belajar di Masjid Jamik Al-Azhar (tahun 1290 H/1872 M) Syeikh Abdul Hamid Kudus mengikuti langkah Rais thala’ah (Ketua tela’ah atau tutor)nya itu belajar di tempat yang sama (1300 H/1882 M).

Baca juga: Memberantas Paham Radikalisme dengan Paham Aswaja

Syeikh Abdul Hamid Kudus merupakan generasi kedua mahasiswa dunia Melayu yang belajar di al-Azhar sesudah Syeikh Ahmad alFathani, sejak itu beliau sentiasa pulang pergi antara Mekah dan Mesir dalam urusan tertentu yang ada kaitannya dengan kerja-kerja Syeikh Ahmad al-Fathani.

Di antara Karya-karya Syeikh Abdul Hamid Kudus

  • Irsyadul Muhtadi ila Syarh Kifayatil Mubtadi
  • Al-Anwarus Saniyah `alad  Duraril  Bahiyah,
  • Fat-hul Jalilil Kafi bi Mutammimati Matnil Kafi fi `Ilmayil `Arudh wal Qawafid
  • Al-Futuhatul Qudsiyah fi Syarhit Tawassulatis Sammaniyah,
  • Lathaiful Isyarat ila Syarhi Tashilit Thuruqat li Nazhamil Waraqat fil Ushulil Fiqhiyah
  • Kanzun Najahi was Surur fil Ad’iyatil lati ila Tasyarruhis Shudur
  • Risalah fi al-Basmalah min Nahiyah al-Balaghah.
  • Manzhumah fi al-Adab wa al-Akhlaq li al-Islamiyah.
  • Thali’us Sa’di ar-Rafi’ fi Syarh Ilm al-Badi’, kitab ini membicarakan ilmu badi’.
  • Fiqh Rubu’ `Ibadat.
  • Nubzah fi at-Tashauwuf.
  • Ad-Durrah ats-Tsaminah fi al-Mawadhi’ allati tusannu fiha ash-Shalah `ala Shahib as-Sakinah.
  • Tasythir al-Mudharriyah fi ash-Shalah `ala Khairil Bariyah.
  • Majmu’ Bulugh al-Maram fi Maulid an-Nabiyi Shallalahu `alaihi wa Sallam.
  • Raja’ Nail al-As’ad wa al-Qabul fi Madah Saiyidatina az-Zahra’ al-Batul.
  • Bulughus Sa’di wa al-Amniyah fi Madah Umm al-Mu’minin al-Mabra-ah ashShiddiqiyah.
  • al-Jawahir al-Wadhiyah fi al-Adab wa al-Akhlaq al-Mardhiyah.
  • az-Zakhair al-Qudsiyah fi Ziyarah Khairil Bariyah.
  • At-Tuhfah al-Mardhiyah fi Tafsir al-Quran al-‘Azhim bi al-‘Ajamiyah.
  • Dhiyausy Syamsi ah-Dhahiyah.
  • Maulidun Nabiyi Shallalahu `alaihi wa Sallam.
  • Kanzul `Atha fi Tarjamah al-‘Allamah as-Saiyid Bakri Syatha. n.

Karya Fenomenal Syeikh Abdul Hamid Kudus

Karyanya dalam ilmu usuhul fiqh yang berjudul Lathaiful Isyarat ila Syarhi Tashilit Thuruqat li Nazhamil Waraqat fil Ushulil Fiqhiyah merupakan salah satu karyanya yang sangat masyhur dan banyak dikaji di berbagai pesantren di Nusantara baik Indonesia, Malaysia maupun Thailand.

Lathaiful Isyarat ila Syarhi Tashilit Thuruqat li Nazhamil Waraqat fil Ushulil Fiqhiyah, diselesaikan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal 1326 H. Kandungannya membicarakan ilmu ushul fiqh. Terdapat berbagai-bagai edisi cetakan, di antaranya Mathba’ah Dar at-Thiba’ah al-Mashriyah, 54-60 Baserah Street Singapura (tanpa tahun).

Kitab Syarah Al-Waraqat adlah kitab yang mengulas ushul fiqh karya Imam al-Haramain (478 H.) Kitab ini diberikan syarah oleh Syaikh Muhammad ar-Ruini al-Hathabi al-Maliki (954 H.) dengan judul Qurratul’in.

Selanjutnya  Kitab al-Waraqat digubah dalam bentuk nazhm oleh Syaikh Syarfuddin al-Imrithi (989 H.) dengan judul Tas’hil ath-Thariqat li nazhm al-waraqat fi ushul al-fiqhiyyat.

Dan kitab tashil ini diberikan penjelasan (syarh) oleh Syaikh Abdul Hamid Kudus (1330 H.) Dengan judul Lathaif al-Isyarat.

Syaikh Abdul Hamid memaparkan penjelasan atas setiap nazham dengan terperinci.  Ulasan ilmu ushul fiqh ini pun dilengkapi dengan contoh serta dalil Al- Quran, hadits dan argumentasi ulama.

Penulis: Ami Hamdhan