Sayyid Utsman Betawi Mufti Paling Masyhur

139
Betawi
Sumber Gambar Sindonews.com

Sayyid Utsman Betawi seorang mufti di tanah Melayu yang paling banyak dipercakapkan orang. Kenyataan tersebut tidak dapat kita nafikan kerana memang banyak sebab orang bercakap mengenainya. Setiap langkah kebijaksanaan seseorang ulama atau tokoh besar memang demikianlah yang akan berlaku.

Baca juga: Belajar Harmoni Kemanusiaan dari Kisah Siti Hawa

Nama lengkap beliau ialah Sayyid Utsman bin Abdullah bin Aqil bin Umar bin Yahya al-Alawi, yang dipopularkan dengan “Habib Utsman Mufti Batawi”. Lahir di Pekojan Betawi (Jakarta), 17 Rabiulawal 1238 Hijrah bertepatan dengan tanggal 2 Desember 1822 M. Ibunya bernama Aminah anak Syeikh Abdur Rahman al-Mashri. Saiyid Utsman termasuk seorang ulama keturunan Nabi Muhammad s.a.w, masih asli darah Arab mengalir ditubuhnya. Beliau adalah sahabat ulama besar yang terkenal, ialah Saiyid Yusuf an-Nabhani, Mufti di Beirut.

Diantara murid beliau adalah Guru Mughni yang mempunyai murid-murid yang menjadi ulama Betawi terkemuka di antaranya adalah Guru Abdul Rachman Pondok Pinang, KH. Mughni Lenteng Agung, Guru Naim Cipete, KH. Hamim Cipete, KH. Raisin Cipete, Guru Ilyas Karet, Guru Ismail atau Guru Mael Pendurenan, KH.Abdurrachim dan KH. Abdullah Suhaimi yang menjadi salah seorang guru dari Syekh. Dr. Ahmad Nahrawi Abdussalam Al-Indunisi.

Karya-karya Sayyid Utsman Betawi

Karya-karya beliau ditulis dalam berbagai bahasa seperti bahasa Arab, Melayu, Jawa dan Sunda. Diantara yang dapat disenaraikan ialah:

  1. Jawazu Ta’addudil Jumu’ah, ditulis tahun 1286 H.
  2. Manhaj al-Istiqamah fi ad-Dini bi as-Salamah, selesai pada 5 Zulkaedah 1307 H/1890 H.
  3. Mazil al-Auham wa at-Taraddud fi Amri Shalah al-Jumu’ah Ta’addud, ditulis tahun 1312 H.
  4. Taftih al-Maqallatain wa Tabyin al-Mufsidin al-Makhba-ataini fi ar-Risalah al-Ma’mati bi Shulhi al-Juma’ataini, ditulis tahun 1313 H.
  5. Al-Qawanin asy-Syar’iyah, ditulis tahun 1317 H.
  6. Perhiasan Bagus.
  7. Shifat Dua puluh.
  8. Samth asy-Syuzur wa al-Jawahir fi Hilli Takhshish an-Nuzur li as-Sadah.
  9. Kitab al-Faraidh.
  10. Hadits Keluarga.
  11. Maslak al-Akhyar.
  12. Abadul Insan.
  13. Iqazhuniyah fi ma Yata’allaqu bi Lahillah wa Shiyam.
  14. Az-Zahrul Basim.
  15. I’anah al-Mustarsyidin.
  16. Thariq as-Salamah.
  17. Salam al-Muslimin.
  18. Terjemah Hukum Islam.
  19. Sa’adah al-Anam.
  20. Tamyiz al-Haq.
  21. Perihal Hukum Azan.
  22. Irsyad al-Anam.
  23. Taftih al-‘Uyun.
  24. Miftah as-Sa’adah.
  25. Tafsir Surah Kahfi.
  26. As-Silsalah an-Nabawiyah.
  27. Qamus Tiga Bahasa.
  28. Qamus Kecil.
  29. Hukum Gambar.
  30. Hikam ar-Rahman.
  31. Hadits Empat Puluh.
  32. Bab al-Minan.
  33. Mukhtashar al-Qamus.
  34. Tujuh Faidah.
    Dan masih banyak lagi.

Kitab Sulamun Nayrain

Kitab Sulamun Nayrain adalah kitab yang berisi tentang bagaimana cara  menghitung awal bulan hijriyah serta penghitungan gerhana, baik dalam penentuan gerhana bulan atau matahari. Kitab Sulamun Nayrain ini oleh penyusunnya dibagi menjadi tiga risalah.

betawi
Kitab Sulamun Nayrain Karya Sayyid Utsman Betawi
  • Risalah pertama, berjudul Risalatul Ula fi Ma’rifatil Ijtima’in Nayyirain, yakni memuat perhitungan ijtima’, irtifa’ul hilal, posisi hilal dan umur hilal.
  • Risalah kedua, berjudul Risalatus Tsaniyah fi ma’rifatil Khusufil Qamar, yakni memuat perhitungan gerhana bulan.
  • Risalah ketiga, berjudul Risalatus Tsalisah fi Ma’rifatil Khusufil Syamsi, yakni memuat perhitungan gerhana matahari.

Sayyid Utsman Betawi Wafat pada 21 Shafar atau tahun 1913 Masehi pada usia lebih dari 93 tahun. Sebelum menghadap Ilahi, Beliau pernah berwasiat agar jangan dimakamkan di pemakaman khusus (tersendiri). Beliau meminta dimakamkan di pemakaman umum Karet, Tanah Abang, Jakarta. Namun, pada masa itu daerah Tanah Abang terkena proyek pembangunan, sehingga makam Beliau dipindah ke Kompleks Masjid Al-Abidin, Pondok Bambu, Jakata Timur.

Penulis: Ami Hamdhan